Saturday, March 31, 2007
Selamat Hari Maulidur Rasul 1428 H
12 Rabiulawal..ulang tahun kelahiran Nabi Besar Junjungan kita..Muhammad SAW..
Menjelangnya hari ini.ramai antara kita yang ingin mulakan azam baru...
berazam meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH...
berazam rajin bekerja...
berazam menjaga waktu solah..
berazam untuk memperbaiki diri..
dan menjauhi diri dari mengulangi dosa2 silam..

syabas utk yg berazam sentiasa meningkatkan diri kepada yang lebih baik...
syabas kerana berusaha berhijrah menuju ALLAH..

"Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju ALAH
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya..hasanah."
__Devotees__
posted by NuYun @ 3:48 AM   0 comments
Wednesday, November 29, 2006
Mulianya hati seorang isteri..
Baca dulu sampai habis.Then make your own conclusion.


"Kisah suami memohon untuk beristeri lagi dan isteri membenarkan, siap beri borang keizinan bertandatangan lagi...

"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.


Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke
dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa
puterinya

kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan
2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan
seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak
Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai
solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar
menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa
dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia
tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik
tetapi ahh
hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya
senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk
Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap
haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina
pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid
Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia
tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama
dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra,
dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak
Imam
Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air
matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya
layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon
madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta
maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ******

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir
saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu
cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah
yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg
diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg
hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau
selera
Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah
mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada
zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar
anak-anak
Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika
munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika
Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
Abg,
pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan
Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

************ ********* ********* ********* ********* ****

MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada
kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things

when you lost it..
"
posted by NuYun @ 12:29 AM   2 comments
Monday, November 20, 2006
Happy November Birthday...
Hari ni dah 20 hb November rupanya...
Aku terlupa hari ni besday adik kesayangan aku..Nurul Arbaeen..
Akak...Hepi besday..semoga ulangtahun kali ini mendewasakan mu...
semoga semakin bijak menhadapi hari2 mendatang...selamat menyertai kelab wanita keluarga kita..hehe..

Ramai tul family aku yg besdaynye bulan november ni..
Along,11 Nov yang lepas,besadynye yg ke 25..dh tuo dh abglong kan??hehe..rambut pun dh makin kurang..almaklumle,,tgh pening ikat perut kumpul duit nk memiliki surinye pada bulan 6 tahun depan..syabas along!!

Adik bongsu aku...17 Nov yang lalu..besday nye yang ke 14...emm..sian die..asyik mintak kitorang beli kek balck forest..sori le dik..akak tak keje lagi..nti akak keje kita beli kekk black forest yag 2 kilo k...

Okey...to along..adik ..akak..jgn lupa kiss utk mama kerana menjaga kita sehingga kita dewasa dan bahagia sehingga hari ini..keperibadian yg wujud dlm diri kita lahir dr kuarga kita yg bahagia..alhamdulillah..
Moga kebahagiaan ini berkekalan...
posted by NuYun @ 12:32 AM   0 comments
Aku, Nisa dan CC Silibin...

emmm....lame dah rasanye tak coretkan something kat blog aku ni..
Hari ni,dengan ditemani adik sepupu aku,Nisa...aku mencari di seluruh pelusuk silibin ni sebuah kedai yang bernama CC...
Cari punyer cari..lastly jumpalah seketul kedai yang asalnye sebuah umah,'BAITI' yang telah di'rosakkan' oleh penghuninya utk menubuhkan siber kafe..hehe..cian makcik tu..tapi..timekasihlah makcik..at least ada gak tempat aku nk update resume aku...

Nak dijadikan citer...aku ni reti le serba sedikit ttg komputer ni...tapi makcik tu tak tahu...aku tgh sibuk repair keje aku..tibe2 je komputer tu padam...
makcik tu dh suruh dah aku tkar kom lain,tapi aku sentuh2 ckit..dh leh guna balik..eksyen le konon...
dgn muke selambe je aku terus guna balik kom tu..dn makcik tu senyum jek..
tapi..last2 kene gak kat aku balik..sekali lagi kom tu stop ms aku tgh kusyuk wat keje...maleh le aku...terpaksa le aku akur kata2 makcik tu tadi...tukar kom lain..dan ...makcik tu tersenyum puas berjaya mengalahkan aku...
tule..org dah kate,dengar cakap org tua..hehe kesian aku....
"Makcik..sebenarnye sy hormat kat makcik tau..tau..tau.."
Mujurle si nisa ni kool jek..dia setia temankan aku yg muke cam pening2 lalat ni utk tukar kom baru..
haha..terlupakah aku dgn lumrah dunia????
timekasih makcik..krn menyedarkan aku.......
I LOVE YOU makcik!!!
leh guna pc free tak pasni?heheh......
Aku tetap aku....
posted by NuYun @ 12:08 AM   0 comments
Thursday, November 09, 2006
Can i buy Your Time?
A man came home from work late, tired and irritated, to find his 5-year old son waiting for him at the door.

SON: "Daddy, may I ask you a question?"

DAD: "Yeah sure, what is it?" replied the man.

SON: "Daddy, how much do you make an hour?"

DAD: "That's none of your business. Why do you ask such a thing?" the man said angrily.

SON: "I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?"

DAD: "If you must know, I make $100 an hour."

"Oh," the little boy replied, with his head down.

Looking up, he said, "Daddy, may I please borrow $50?"

The father was furious, "If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I work hard everyday for such this childish behaviour."

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions.

How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the man had calmed down, and started to think: Maybe there was something he really needed to
buy with that $50 and he really didn't ask for money very often. The man went to the door of the little boy's room and opened the door.

"Are you asleep, son?" He asked.

"No daddy, I'm awake," replied the boy.

"I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier," said the man.

"It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $50 you asked for." The little boy sat straight up, smiling.

"Oh, thank you daddy!" He yelled.

Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The man, seeing that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

"Why do you want more money if you already have some?" the father grumbled.

"Because I didn't have enough, but now I do," the little boy replied.

"Daddy, I have $100 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you."
[5:20:47 PM] The Absolutely Hilarious, ... says: hey what?
posted by NuYun @ 6:48 PM   0 comments
Malaikat Untuk mu..
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa
besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya
hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup
bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada
saya

jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan
berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu
dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian.
Dia akan mengajar
kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.
Siapa yang akan
melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut
mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku
akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi
dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan
: "Tuhan, jika
saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu
memberitahuku nama malaikat
tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.
Berbakti, berdoa
dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada
galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah
telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang
silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
posted by NuYun @ 6:25 PM   0 comments
Tuesday, November 07, 2006
Selamat Datang...
hehe...terpaksa ubahsuai sebab ada masalah connection...
posted by NuYun @ 9:17 PM   0 comments

(")0_0(")


Previous Post
Archives
Favourite Links
Template By
Isnaini Dot Com